Saturday, 11 February 2012

tambalut vs sahabat

  • erti sahabat!!

  • Satu ungkapan yang senang disebut melalui bibir kita namun perlaksanaan dan pencarian seorang sahabat amatlah sukar dicari dan payah diganti jika kehilangan mereka.Tahukah kita bahawa bersahabat di atas dasar cinta dan takutkan Allah mendapat hak yang istimewa di sisi Allah Azzawajalla. Persahabatan kerana Allah adalah persahabatan yang melahirkan sifat yang terpuji kerana konsepnya adalah mendahulukan kepentingan orang lain daripada kepentingan diri kita sendiri, menjaga hubungan persahabatan sehingga tidak ada hati- hati yang terguris, melupkan keburukan sahabat dan mengingati kebaikan sahabat kita. namun pada hari ini,dalam dunia moden ini, sukar untuk kita temui sahabat sejati..namun apa yang ada kawan makan kawan..
  • Sejarah telah membuktikan bahwa Rasulullah s.a.w mendidik para Muhajirin dan Ansor bersaudara kerana aqidah Islam. Namun pengorbanan sahabat Ansor sangat hebat sehingga sanggup mengorbankan harta benda mereka demi para sahabat dari kalangan muhjirin mekkah. Bayangkan sahabat-sahabatku jika ada golongan yang sebegini pada zaman hari ini, nescaya tidak kedengaran di telinga kita pelbagai perkara mungkar
  • Pesanan ..

  • 1. Bersahabatlah saudara kerana mengharap keredhaan Allah, kerana Nikmat Ukhuwwah kerana Allah amat berharga.
       2. Ingatilah sahabat anda ketika mana anda sedang berdoa dan bermunajat kepada Allah    Azzawajjala.
  • 3. Kawan boleh dicari tetapi sahabat sukar dicari

  • 4. Bersyukurlah jika anda mempunyai sahabat yang sentiasa berdoa kepada anda.

sesimple saya ^^

karamel sabah ~~

Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARaMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Cara-cara

  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

biar mimpi sampai ke bintang ..


Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini
Aku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Biar mimpi sampai ke bintang
Kerna kita semua tahu
Kerana ini impian
Setiap satu dari kita
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Menuju ke bintang