Friday, 30 March 2012

Smk Timbua Ranau sabah ..rindu sama ni lagu

SMK Timbua Ranau Tempatmu di desa permai di kaki Gunung Kinabalu megah berdiri nilai jaya
Putera-puteri tercinta putera-puteri SMK Timbua bersatu berpadulah semua bersama mencapai kejayaan
Bangunlah, majulah
berilmu dan berbakti

maralah ke hadapan
Teguhkanlah semangatmu abadikanlah cita-citamu berbakti pada nusa bangsa jadi pemimpin di hari muka
Lagu: Cikgu Leoh Apin Lirik: Encik Lasius Maci

Budu owh budu ^^


pasal budu akU nk CEriTA SikIT ..
.. KLu YaNG Xthu Pasal BUDu LAH ..
MCm Aku SuaTU keTIka DULu !!!

BUDU merupakan makanan tradisional masyarakat pantai timur khsusnya masyarakat Kelantan. Boleh dikatakan setiap keluarga di negeri Kelantan mempunyai sekurang-kurangnya sebotol budu di dapur mereka. Budu dihidangkan bersama ikan tawar, bawang, cili dan perah limau nipis, lebih ummmp lagi campur dengan tempoyak durian. Kemudian cicah dengan ulam-ulaman seperti petai, jering dan lain-lain. Pasti menyelerakan…
Kalau dahulu kita dapati budu hanya terdapat di negeri pantai timur sahaja. Tetapi sekarang budu sudah dikenali seluruh Malaysia, malah di luar negara. Di mana-mana kita boleh dapatkan budu. Di Sarawak sekarang ni pun dah ada budu.Di SABAH pun ada tw!!
Terdapat banyak keistimewaan dan khasiat budu khususnya dari segi kesihatan. Mungkin tidak ramai yang mengetahuinya. Budu dikatakan menyumbang kepada kecantikan dan awet muda. Menurut Penyelidik Kanan Alam Sekitar dan Bioproses, Pusat Teknologi Sirim, Hamidah Sidek, dalam kajian yang dilakukannya selama dua tahun bersama 10 penyelidik Sirim yang lain, makanan tradisional itu mampu mengekalkan wajah muda seseorang.
“Proses penapaian budu menguraikan bahan organik kepada peptida dan asid amino yang menyumbang kepada rasa dan aroma lazat serta mempunyai nilai kosmetik.
budu1
“Ia berkesan sebagai agen mencerahkan kulit dan antipenuaan. Semua ini berlaku kerana ekstrak marin daripada budu berupaya melawan radikal bebas, merangsang pertambahan sel kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen.
“Ia juga mampu melindungi kulit daripada sinaran matahari,” terang beliau yang telah melakukan kajian makmal dan ujian ke atas 25 individu. Sebahagian besar individu yang diuji mendapati wajah mereka semakin cerah, bintik jerawat berkurangan dan menyelesaikan masalah kulit berminyak.
Kemudian menurut satu kajian yang dilakukan di luar negara, budu sangat bagus untuk di makan kerana ia :
  • Kajian pemakanan Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman mendapati budu memiliki gluthaione iaitu bahan antioksidan yang mampu memerangi pelbagai penyakit termasuk kanser.
  • Pengkaji Universitu Carolina, AS mengatakan unsur genestin dan phytoestrogen dalam budu boleh melambatkan penuaan dan mencegah barah payu dara.
  • Satu uji kaji rambang mendapati pengambilan budu sebayak 150 gram sehari selama dua minggu dapat menurunkan kadar kolesterol ke tahap luar jangkaan.
  • Budu berpotensi mencegah cirit birit dan penurunan kolesterol darah, begitu juga penyakit jantung dan hipertensi.
  • Didakwa budu juga boleh menjadikan seseorang lebih pintar kerana ia merangsang sel otak. Ia juga membantukkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan kembung perut

kenapa MeStI meNgeLUh!!! ^^

kerja.. kerja ...
rutin seharian dalam kehidupan ...
xkeja xada $$$ ngeee~~~
 time kolej dulu slalu fikir ..
"kan best bila aku dah keja"
.........
skunk da keja hmmmmm ...............
  rasa nk balik time kolej2 dulu ...............
ni lah manusia kan hehehheehehheh ~~~~~~~~~~~~~~
 seNGal Nyew LAh OtaK aKU sKuNK ni ..
aKU BEtUL2 boSAn !!!
 ............................................................................




Friday, 23 March 2012

bye2 senggugut!!!

Bagaimana menghilangkan senggugut

Banyak dikalangan para wanita yang pernah mengalami senggugut. Ada yang mengalami senggugut tahap kronik sehingga tidak boleh bangun. Ini tentunya sangat menyusahkan. Walaupun terdapat ubat untuk menghilangkan sakit ketika haid ini, tetapi ia hanya berkesan setiap kali kita menelan ubat itu sahaja. Bukankah lebih elok jika kita dapt menghilangkan senggugut itu selama-lamanya, tanpa perlu bergantung kepada ubat?
Berikut adalah petua bagaimana menghilangkan sengugut yang dapat saya kongsikan buat tatapan anda semua.
Petua menghilangkan senggugut Bagaimana menghilangkan senggugut1. Air kapur
Ambil segelas air teh yang telah sejuk dan campurkan dengan sedikit kapur (kapur makan/sirih). Minum lah air campuran tersebut.
2. Air sejuk
Amalkan minum air sejuk terlebih dahulu setiap pagi sejurus selepas anda bangun dari tidur.
3. Kunyit dan gula merah
Rebuskan setengah auns kunyit yang telah dipotong-potong bersama sedikit gula merah dan asam gelugur. Biarkan sejuk. Amalkan meminum air rebusan ini dua kali sehari setiap hari sebelum datang haid.
4. Kunyit
Jika bau hanyir ketika haid menganggu anda, anda boleh mengambil sepotong kunyit jantan. Tumbuk lumat dan campurkan sedikit air kemudian di perah sehingga dapat kira-kira satu gelas kecil. Campurkan dengan air asam jawa dan gula merah. Amalkan meminumnya setiap malam selama seminggu sebelum datang haid.
5. Air limau nipis
Campurkan sedikit air limau nipis bersama air kunyit yang telah ditumbuk. Jadikan ia sebanyak segelas penuh. Amalkan meminumnya setiap malam tiga hari sebelum datang haid.
6. Kulit kayu manis
Ambil kulit kayu manis kira-kira setahil (37.8 gram), lima keping kulit limau nipis atau limau purut dan rebus. Amalkan meminumnya segelas setiap malam tiga hari sebelum haid.
 ~~ selamat mencuba ~~

kEhIdUpAn SeBeNaR

Kenapa Harus Bersedih?

     

Semua orang pasti pernah merasa SEDIH, teman Anda, saudara Anda, orang tua Anda, Anda sendiri, ataupun saya sendiri pernah merasakannya. Banyak hal yang dapat memicu kita untuk merasakan kesedihan. Jika ditanya apakah yang menyebabkan seseorang itu bersedih?, jawabnya setiap orang pasti berbeza-beza permasalahan hidupnya. Kadangkala kita tahu apa sebenarnya yang buat kita bersedih, namun kadangkala juga kita tidak mengetahui penyebab kesedihan kita.
Salah seorang teman saya sering mengeluh “Terlalu banyak hal yang buat saya bersedih, mungkin hal yang paling buat saya sedih adalah tentang hidup saya sendiri, rasanya saya tidak ingin hidup lebih lama lagi”.
Wah rasanya kata-kata seperti ini sudah seringkali terucap jika kita merasakan kesedihan yang mendalam. Dan jika Anda kebetulan sedang mengalami perasaan yang sama seperti teman saya, saya harap Anda jangan berfikiran untuk mengakhiri hidup Anda sekarang, paling tidak selesaikan terlebih dahulu membaca tulisan saya.

KESEDIHAN adalah suasana hati yang sangat ingin kita jauhi, kalau boleh, secubit rasa sedih pun kita tak ingin ia hadir dalam hidup kita. Kita hanya inginkan Kebahagiaan. Namun, jika kita mahu memandang suatu kesedihan dari sisi lain, kita akan menemukan sebuah manfaat atau hikmah disebalik kesedihan itu sendiri.
Kesedihan hakikatnya mengandungi energi-energi positif yang dapat menimbulkan kebahagian jika kita dapat mengelolanya dengan benar. Pada umumnya kesedihan menutup minat kita terhadap hiburan dan kesenangan, membuat perhatian kita berpusat pada apa yang telah hilang. Pada dasarnya perlakuan seperti itu sebenarnya merupakan penghimpunan energi kita agar kita dapat memulai langkah-langkah baru.
Ertinya kesedihan memaksa kita untuk berhenti dari kepenatan duniawi dan kita akan menumpukan pada kehilangan tersebut, renungi hikmahnya, bermuhasabah diri dan akhirnya membuat penyesuaian² psikologi serta menyusun perancangan baru yang akan menemukan kita dengan kebahagiaan.
Berduka itu bermanfaat tetapi depresi yang berkelanjutan adalah sia-sia.
Jadi, perlukah kita bersedih?

p/s : bagi saya, tidur akan memisahkan kita dengan kesedihan.. :þ~

Sunday, 11 March 2012

~~maksud surah al-fatihah ~~

Surah 1 Al-Fatihah ( 7 ayat ) الفاتحة
1

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

2

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

3

Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ

4

Yang menguasai di Hari Pembalasan

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

5

Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

6

Tunjukilah kami jalan yang lurus,

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ

7

(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

cinta di muka buka ~~ lirik

Tajuk Lirik Lagu: Cinta Muka Buku
Artis/penyanyi: Najwa Latif
Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..
Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. benarkah rasa itu..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku

Thursday, 8 March 2012

sardin owh sardin ~~ & milo kegemaran ku ..

hello ....

Selamat petang korang.. seperti biasa...bila da petang ja..bukak laptop..mesti bukak FB. takda benda laen dah. hahahaa.. Then, bila bukak je FB tadi..ternampak lagi satu note yang aku rasa amat wajar la dikongsi bersama supaya kita tahu apa yang kita makan seharian tu..samada bersih ke atau..ewwww!..x reti aku nak cakap. so, lets cekidout je laaaah ya..


AYAM BRAND SARDIN!!

ni la petikan tu baca lah kamu..

" Jab. ----- ----- pernah buat serbuan di kilang memproses ikan sardine.Apa yg di jumpai amatlah memeranjatkan. Kalau kenkawan bau kuah sardin tu hanyir n lagi satu sedap kan …nak tahu apa recipenyer…kalau x percaya terpulang lah…..tau kenapa org cina suka mkn katak??? So agak2 kenkawan dapat x jawapannya….kilang tu telah mencampurkan daging katak sebagai perasa untuk menyedapkan lagi rasa kuah sardin tue..huhuhu. .itulah yg ---- jumpa tapi amat sadis kenkawan bila pegawai yg bertugas hantar report…report tu telah di ‘zip’ oleh pihak tertentu atas sebab akan merugikan pihak ‘besar’. ..kenkawan tau sardin jenama apa??? ..yg paling mahal n glamer…’
AYAM BRAND’…itulah hakikatnya…abg ipar kawan saya pun x mampu untuk buat2 apa kalau report telah di zip..apa yg mampu diheboh mulut ke mulut untuk menjaga ummah semua….."


Pehhhhh....memang seriously aku takkan beli da sardin ni.... hampehh hampehhh... arghhh...nasib baaik aku jarang la jugak layan sardin-sardin ni.... slalu beli ikan sadin sbb buat goreng. tp, beli kadang2 ja .. sedap bah
Pastu....seterusnya.....minuman kegemaran setiap insan! arghh. tmasuk aku...iaitu... jeng jeng jengg..


MILO!!!!! HOMAIGODDD!!

"N lagi satu serbuan telah dibuat di syarikat membuat makanan yg ternama….kankawan tahu apa yg dijumpai…agak2 pernah x rasa daging cacing?????. ..mesti kenkawan selalu minum milo kan .....yes. .daging cacing telah di campur dengan serbuk milo…..kalau ada bau hanyir itulah dia…kalau kenkawan nak lgi confirm try buat macam nie….milo + gula sahaja lepas tu tengok ada x minyak/lemak kat milo tu…kalau ada confirm…ini apa yg diberitahu oleh abg ipar kwn saya jer…
Tp saya x tahu tahun bila mereka buat serbuan…???..dan adakah pihak yg bertanggung jawab telah mengambil tindakan yg sewajarnya untuk mengikut garis panduan halal yg telah ditetapkan oleh jab. Agama Islam m’sia… wallahhualam…"

Alamakkk..alamakkkk..lepas baca sume ni.. naik loyaa sda tekak aku..memang aku takkan sentuh daa. seriouss! baek aku minum VICO ja lagi selamat minum air mineral jak hahahaha.. lagi tedap! HAHA. tapi, sejauh mana kebenarannya ..Wallahualam...hanya sebagai perkongsian

Wednesday, 7 March 2012

Let's have a look at how complicated this language is.

Kata dasar (i.e. Katakerja @ Verb)
Lopot = balut/bungkus

Penukaran kepada katakerja terbitan:

Kolopot = boleh lipat (ayat tanya & penyata)

Lopotoh = sila lipat (ayat perintah, or equivalent to fi'il amar in Arabic)

Lopoton = bungkuslah

Momolopot = membungkus (present tense)

Milopot-lopot = masing-masing membungkus (variasi pertama)

Minilopot = terbungkus (biasanya, dengan sendiri)

Nolopot = sudahkah dibungkus (ayat tanya & penyata)

Nokolopot = sudah dibungkus (past tense)

Olopot = boleh lipat (ayat tanya & penyata)

Pinilopot-lopot = dibungkus-bungkuskan

Pinolopot = dibungkuskan (katakerja transitif)

Pilopotan = membungkus (future tense)

Pilopot-lopot = perbuatan membungkus secara berturutan

Solopot-lopot = masing-masing membungkus (variasi kedua)

Sompolopatan = membungkus secara rambang (atau sembarang)


Linopot = bungkusan

Kolopotan = perihal sesuatu yang berbungkus

Pinolopotan = pembungkusan

Poi'lopot = berbungkus (katasifat)

Solopot = sebungkus (penjodoh bilangan)

Bahasa Dusun sebetulnya tidak susah. Tapi nuansa dan budaya tuturnya yang jati – harus dipelajari secara natural menerusi proses natura