Friday 23 March 2012

bye2 senggugut!!!

Bagaimana menghilangkan senggugut

Banyak dikalangan para wanita yang pernah mengalami senggugut. Ada yang mengalami senggugut tahap kronik sehingga tidak boleh bangun. Ini tentunya sangat menyusahkan. Walaupun terdapat ubat untuk menghilangkan sakit ketika haid ini, tetapi ia hanya berkesan setiap kali kita menelan ubat itu sahaja. Bukankah lebih elok jika kita dapt menghilangkan senggugut itu selama-lamanya, tanpa perlu bergantung kepada ubat?
Berikut adalah petua bagaimana menghilangkan sengugut yang dapat saya kongsikan buat tatapan anda semua.
Petua menghilangkan senggugut Bagaimana menghilangkan senggugut1. Air kapur
Ambil segelas air teh yang telah sejuk dan campurkan dengan sedikit kapur (kapur makan/sirih). Minum lah air campuran tersebut.
2. Air sejuk
Amalkan minum air sejuk terlebih dahulu setiap pagi sejurus selepas anda bangun dari tidur.
3. Kunyit dan gula merah
Rebuskan setengah auns kunyit yang telah dipotong-potong bersama sedikit gula merah dan asam gelugur. Biarkan sejuk. Amalkan meminum air rebusan ini dua kali sehari setiap hari sebelum datang haid.
4. Kunyit
Jika bau hanyir ketika haid menganggu anda, anda boleh mengambil sepotong kunyit jantan. Tumbuk lumat dan campurkan sedikit air kemudian di perah sehingga dapat kira-kira satu gelas kecil. Campurkan dengan air asam jawa dan gula merah. Amalkan meminumnya setiap malam selama seminggu sebelum datang haid.
5. Air limau nipis
Campurkan sedikit air limau nipis bersama air kunyit yang telah ditumbuk. Jadikan ia sebanyak segelas penuh. Amalkan meminumnya setiap malam tiga hari sebelum datang haid.
6. Kulit kayu manis
Ambil kulit kayu manis kira-kira setahil (37.8 gram), lima keping kulit limau nipis atau limau purut dan rebus. Amalkan meminumnya segelas setiap malam tiga hari sebelum haid.
 ~~ selamat mencuba ~~

2 Comments:

At 9 April 2012 at 04:02 , Blogger armouris said...

terjumpa info ni, pasal senggugut… sharing is caring :) - Cara Mengurangkan Sakit Senggugut

 
At 13 April 2012 at 02:59 , Blogger Unknown said...

armouris
owh so da try .. oke ke x??

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home